Simon Cowell
Simon Cowell

Simon Cowell

Simon Philip Cowell (lahir 7 Oktober, 1959) adalah seorang pegawai A&R (Artis & Repertoir) untuk Syarikat BMG Records di UK. Beliau lebih dikenali sebagai hakim untuk program television Pop Idol, The X Factor, American Idol dan Britain's Got Talent. Simon ialah seorang yang sering dianggap berlaku kasar dan berterus terang, seringkali menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan para peserta, penonton dan pemerhati hiburan.Simon aktif di dalam aktiviti-aktiviti hiburan dan televisyen seperti menghasilkan lagu-lagu dan album-album untuk siaran televisyen termasuk watak-watak untuk siri televisyen Power Rangers.